Hidupan liar arboreal merupakan hidupan liar yang menjalani kehidupan seharian di atas pokok. Selain menggunakan kaedah cerapan langsung (melalui pemerhatian dan pencarian aktif), penggunaan perangkap kamera yang diletakkan di atas pokok juga dapat membantu untuk mendapatkan cerapan bagi hidupan liar arboreal ini.
Jabatan PERHILITAN telah menjalankan program pemasangan perangkap kamera bagi mendapatkan cerapan hidupan liar arboreal di Taman Negara Pahang, Sungai Relau. Pemilihan pokok bagi pemasangan perangkap kamera arboreal ini adalah melalui pemerhatian laluan kanopi dan pokok yang menjadi sumber makanan hidupan liar. Ketinggian dahan pemasangan perangkap kamera ini adalah berada di antara 15 – 29 meter dari tanah.
Pemasangan perangkap kamera arboreal ini telah dijalankan oleh pemanjat pokok terlatih Jabatan PERHILITAN. Program pemasangan perangkap kamera ini turut dijalankan di kawasan habitat berkepentingan yang lain bagi mendapatkan cerapan taburan spesies-spesies arboreal mengikut lokaliti.
#primate
#arboreal
#perhilitan
#MalaysiaMadani
Sumber: FB Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia
Add a comment