Pahang, sebagai sebuah negeri pantai timur, memang tak dapat lari daripada musim tengkujuh. Bila musim hujan sampai, ada masa hujan akan berlarutan dari pagi sampai ke petang sehingga bawa ke malam. Kadangkala berhari-hari. Bosan juga kalau sekadar duduk di hotel atau di rumah sahaja. Mungkin ada yang terfikir ada tak lokasi yang sesuai minum petang musim hujan di Kuantan yang boleh kita keluar cuci mata yang tak kena hujan?
Berikut antara lokasi yang boleh dikunjungi ketika hujan.
Roti John di Watak Kopi
Mungkin anda boleh mencuba roti bakar dan roti john di Watak Kopi sambil menikmati kopi signature mereka iaitu Kopi Kampung.
Watak Kopi
- 60179858296
- Watak Kopi
- 60179858296
Roti Cecah Sup Ayam Berempah dan Mee Rebus
Hujan-hujan ni kalau dapat makan roti cecah sup ayam berempah panas-panas memang layan. Kena pulak kalau ada pulak mee rebus dan mee goreng mamak. Menyandor oit!
Cendol dan Rojak Mee
Terdapat pelbagai menu minum petang disini seperti seperti Rojak Ayam, Rojak Mee, Nasi Goreng, Maggie Goreng dan lain-lain. Kalau anda jenis tahan sejuk, bolehlah juga mencuba aneka cendol mereka!
Sup Tulang Gear Box
Hujan-hujan kalau dapat Sup Tulang Gear Box memang terbaik. Sebab itu kami masukkan Restoran Sup Gearbox Adanan sebagai sebuah lokasi minum petang musim hujan di Kuantan. Menu sup lain yang terdapat disini termasuk mee sup, bihun sup dan juga kuey tiow sup.
Cendol dan Rojak Mee
Kalau anda jenis kebal, bolehlah try cendol ais cream di Mustafa Cendol ni. Rojak mee pun ok!
Cafe & Kopitiam
Jika anda sekadar ingin mencari cafe untuk minum santai-santai sambil berswafoto dan “OOTD” mungkin boleh singgah di lokasi berikut
1940 Kopitiam
- 1940 Kopitiam
Pantai Teluk Chempedak
Teluk Cempedak mungkin salah satu pantai masih boleh dikunjungi ketika hujan, walaupun anda tidaklah dapat nak berjalan-jalan menikmati angin pantai. Sekurang-kurangnya di Teluk Cempedak terdapat beberapa pilihan restoran dan cafe untuk minum petang ketika musim hujan. Antara restaurant dan cafe yang ada adalah The Loteng, Starbucks, McDonalds, KFC dan Noha Cafe. Walaupun mungkin termasuk restoran makan segera, namun anda masih berpeluang untuk keluar menghabiskan masa bersama keluarga disini.
Add a comment