Description
Pekan sehari terbesar di Semenanjung Malaysia yang dibuka pada setiap Ahad ni sangat meriah dengan kunjungan orang ramai membeli pelbagai keperluan namun begitu prosedur operasi standard (SOP) di patuhi. Selain pemakaian pelitup muka, hanya pengunjung yang lengkap dos vaksinasi dibenarkan memasuki lokasi tersebut, selain perlu mengimbas aplikasi MySejahtera di pintu masuk. Pelbagai jualan ada di jual seperti pakaian, jualan makanan, ikan pekasam, ikan patin, ikan kering, sayur sayuran dan ulama, buah-buahan, keropok, kuih tradisional yang belum pernah Seri Wangi makan, anak anak pokok dan lain lain. Terdapat lebih 400 peniaga di Pekan Sehari Temerloh yang dibuka setiap Ahad bermula jam 7 pagi hingga 12 tengah hari.
Location
-
Jalan Ibrahim, Taman Kenangan, 28000 Temerloh, Pahang
Add a review