Description
Jambatan ini la yang anda kena lalu kalau anda nak seberang sungai Pahang. Dekat sahaja dengan Esplanade Temerloh. Berketinggian 40.22 meter dan panjangnya 86 meter. Memang akan rasa gayat jika naik ke sini. Anda juga harus berhati-hati ketika menaiki jambatan ini demi keselamatan anda. Anda dibenarkan untuk melalui jambatan ini hanya 4-5 orang sahaja pada sesuatu masa. Jika anda taknak ke Dataran Patin, anda boleh sahaja naik untuk berswafoto dan rasai pengalaman menaiki jambatan gantung ini. Di bawah jambatan ini, ada sangkar ikan dimana mereka menangkap ikan sungai seperti ikan patin. Waktu malam pun anda boleh datang ke sini. Dapat lihat tulisan Temerloh yang disinari dengan lampu putih.
Location
-
Jambatan Gantung Kuala Semantan Pahang, 28000 Temerloh
Add a review