Description
Air Terjun Jerangkang yang terletak di Hutan Lipur Eco Rimba Jerangkang, merupakan salah satu lagi air terjun yang indah terdapat di negeri Pahang Darul Makmur. Letaknya selari dengan Air Terjun Berkelah dimana berkemungkinan sumber airnya daripada punca yang sama yang mengalir menjadi beberapa air terjun yang berbeza. Untuk sampai ke destinasi anda perlu tracking sejauh 2 jam perjalanan. Laluannya hanya boleh dilalui oleh kenderaan 4x4 dan trackingnya agak cerun untuk didaki. Namun ia amat berbaloi untuk diterokai pencinta alam. Disebabkan terdapat kolam air yang berwarna biru kehijauan ia mendapat pelbagai gelaran seperti “Hilton”, “Infinity Pool” dan “Shang Ri La”. Antara aktiviti outdoor seperti berkhemah, berkelah, flying fox dan mandi-manda boleh dilakukan di sini.
Location
-
Hutan Lipur Eco Rimba Jerangkang, Jalan Paya Rambutan, 26300 Kuantan, Pahang
Add a review