Description
Jika singgah di Temerloh, jangan lupa berhenti sebentar di Esplanade Temerloh yang terletak di kawasan yang sama dengan Dataran Patin. Di sini anda berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat kelebaran Sungai Pahang yang penuh sejarah sebagai laluan sungai yang utama suatu ketika dahulu. Pemandangan disini juga cantik dan redup lebih-lebih lagi ketika awal pagi matahari naik.
Selain itu anda juga moleh merasai pengalaman menyusuri Sungai Pahang dengan bot disini dengan tambang yang murah. Pasti ia suatu pengalaman yang menyeronokkan dan dapat pula berswafoto yang unik sebagai kenang-kenangan di Temerloh, Bandar Ikan Patin.
Foto Kredit: Mohd Faiz Bin Abd Manan
Location
-
Esplanade Temerloh, Jalan Ibrahim, Temerloh, Pahang 28000, Malaysia
Add a review