Site logo

Lagenda Satu Juta Ringgit Sungai Lembing

Facebook
Twitter
LinkedIn

Mungkin hari ini Sungai Lembing tidak segah dahulu. Tetapi tahukah kita bahawa di sini tersimpan satu khazanah tidak ternilai harganya.

Lombong bijih timah. Ya, Lombong bijih timah Sungai Lembing diiktiraf sebagai salah satu lombong paling dalam di dunia.

Suatu ketika dahulu sekitar awal tahun 1900, Pekan Sungai Lembing sangat popular dan menjadi antara bandar terpenting di negeri Pahang.

Papan Info Lombong Sungai Lembing

TAI PEI TONG

Pintu Masuk Tai Pei Tong

Tau Pei Tong adalah salah satu pintu masuk ke dalam terowong bukit yang dipenuhi dengan bijih-bijih timah. Terdapat lain-lain lagi pintu masuk yang dibina semasa zaman perlombongan di sini.

Tetapi hari ini, pihak pengurusan hanya membuka pintu masuk Tai Pei Tong sahaja untuk para pelawat melihat sendiri apa yang ada di dalamnya.

Pengunjung dikenakan bayaran sekitar RM15 untuk dewasa dan percuma untuk kanak-kanak bawah 12 tahun. pengunjung akan menaiki pengangkutan seperti kereta api sejauh lebih kurang 100 meter ke dalam. Menaiki kereta api kecil ini seolah sebagai simbolik pekerja-pekerja dahulu menggunakan nya untuk masuk ke dalam dan juga untuk mengeluarkan hasil galian keluar sebelum diangkut menggunakan tongkang-tongkang yang akan melalui sungai lembing ke tempat pengumpulan.

Selepas menaiki keretapi, pengunjung akan merasai sendiri berjalan kaki di dalam terowong gelap sekitar 500 meter ke dalam. Perjalanan di dalam kegelapan dan di temani dengan cahaya lampu elektrik, membuatkan hati terasa sedikit gusar, berdebar dan ada kala terasa sedikit seram.

Keadaan Dalam Lombong
Pengunjung Merasai Berjalan Di dalam Lombong

Terdapat 2 bahagian terowong yang boleh dilalui, dan salah satu cabang terowong membawa penjunjung hingga ke penghujung yang mana seperti gua besar dan tinggi.

Dari situlah bermula terowong bawah tanah dibina untuk mengangkut keluar bijih-bijih timah. Dikatakan terdapat 23 tingkat kedalaman terowong yang dibina, dan panjang/jarak laluan mencecah 300 km. Wow! Patutlah Sungai Lembing dikenali dengan lombong bijih terdalam di dunia. Amazing kan!

Bahagian Hujung Terowong : Pelombong Akan Turun Ke Tingkat Bawah Melalui Kawasan ini
Laluan Turun Ke Lombong Bawah Tanah

LAGENDA SATU JUTA RINGGIT, APA KAITAN DENGAN LOMBONG INI?

Ramai mungkin tak mengetahui apa di sebalik cerita satu juta ringgit ini. Mengapa satu juta ringgit dan apa kaitan dengan Sungai Lembing?

Di ceritakan oleh mereka yang arif tentang ini, sewaktu zaman kejatuhan harga bijih timah sekitar tahun 1985 dan 1986, sebelum syarikat yang mengusahakannya ditutup, pekerja-pekerja lombong telah membuat pakatan untuk menyimpan sebahagian bijih timah di satu kawasan sebelum di bawa keluar.

Ini bertujuan sekiranya mereka tidak dibayar gaji, bijih-bijih itu dapat dijual di pasaran gelap dan mereka memperoleh keuntungan daripadanya.

Selepas syarikat pengusaha gulung tikar, sekitar tahun 1987, terdapat kira-kira 20 orang pekerja terdiri daripada bangsa Melayu dan cina, mereka melakukan kegiatan penyeludupan bijih timah pada waktu malam.

Mereka memasuki lombong itu pada waktu malam dan membawanya pulang ke rumah. Kemudian hasil bijih dijual di pasaran gelap.

Daripada kegiatan mereka inilah yang dianggarkan hasil jualan bijih di pasaran gelap mencecah RM1, 000,000 pada ketika itu.

Walau bagaimanapun, nasib kesemua mereka itu tidak diketahui hingga hari ini. Ada yang mengatakan kesemua mereka mati di dalam lombong ini akibat daripada timbunan runtuhan atau faktor-faktor lain.

NOTA KAKI : Sebarang pertanyaan, komen atau pembetulan info, boleh email ke azwan.lazam@ymail.com atau WhatsApp 0127083012

Sumber: https://azwanlazam.wordpress.com/

More to explorer

  • No comments yet.
  • Add a comment
    ×