Description
Warung Super Sani: Nasi Lemak Lejen
Tahukan anda Nasi Lemak disenaraikan sebagai sarapan Paling Sihat di dunia? Boleh dikatakan hampir setiap warung dan kedai makan menyajikan menu pagi ini selain daripada menu-menu yang lain. Bagi penggemar Nasi Lemak, bau aroma nasi lemak sudah cukup memadai untuk menilai tahap kesedapan Nasi Lemak ini.
Bagi penduduk di sekitar gambang khususnya kg Sri Fajar, mereka semua sudah tidak asing lagi dengan Nasi Lemak Lejen ini. Sebut sahaja Warung Super Sani, mereka semua sudah tahu apa yang anda sedang cari. Dari pekerja stesen minyak, kilang kayu, bengkel kereta, guru-guru dan tidak kira apa dua profesion mereka sekalipun, mereka tahu dimana lokasi Warung Nasi Lemak Lejen ini.
Namun begitu, Selain daripada menu signature Nasi Lemak. Terdapat juga menu-menu lain seperti nasi minyak, nasi tomato, pulut kuning, ayam gulai, ayam rendang, sambal kerang, sambal sotong, sambal ikan aya dan sebagainya lagi.
Warung Super Sani ini juga terkenal di kalangan staf-staf UMP dan syarikat2 disekitar Gambang yang mana mereka ini merupakan pelanggan tetap sejak perniagaan ini dimulakan lagi. Sebelum ini tapak asal warung ini adalah di hentian rehat gambang, dan pada masa itu ianya juga dikenali dengan Nasi Lemak telur goyang atau pun "Kedai Poh". Bagi pelanggan tetap warung ini, berdiri sambil menunggu kerusi dan meja kosong adalah perkara biasa. Sekiranya anda lambat, sudah tentu Nasi Lemak Lejen ini sudah habis. Suasana makan pagi sungguh meriah pada ketika itu. Tidak pelik pada ketika itu, sekiranya anda berseorangan di meja, pasti akan ada yang dating duduk makan bersama-sama anda di meja di sebabkan terlalu ramainya pelanggan di warung tersebut.
Kini lokasi warung ini telah berubah tempatnya setelah pengasas warung ini arwah Mak Ngah dan arwah Ayah Ku meninggal dunia(al-Fatihah). Mana tidak tumpahnya kuah jika tidak ke nasi. Perniagaan ini seterusnya di warisi oleh anak arwah yang lebih di kenali dengan panggilan Sani. Ini setelah sekian lama Warung ini tidak beroperasi, kini mereka kembali beroperasi semula di lokasi yang baru, iaitu di hadapan rumah mereka yang teletak di Lorong Masjid Kg Sri Fajar.
Selain daripada menu sarapan pagi, Warung Super Sani juga terkenal dengan Lemang Lejen. Siapa yang pernah merasai Lemang Lejen ini pasti tahu apakah kehebatan Lemang Lejen ini. Kelembutan lemang ini memang tiada tandingan. Pada kebiasaanya mereka akan membuka tempahan apabila hari raya telah hampir tiba.
Kredit Ahmad Fitri Hasan
Location
-
Warung Super Sani, Lorong Masjid Sri Fajar, Jalan Gambang, Kampung Melayu Gambang, 26300 Gambang, Pahang
Add a review