Site logo
Description

Gunung Senyum yang terletak di Felda Jengka 25, Jengka, Pahang mempunyai ketinggian setinggi 486 meter (1,594 kaki).

Gunung Senyum mempunyai hutan Dipterokarp Bukit. Terdapat banyak flora atau tumbuhan herba di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan. Bagaimanapun, masih ramai tidak mengetahui kisah benar di sebalik kewujudan Gunung Senyum yang memiliki 25 gua dengan pelbagai nama unik dan klasik. Antara gua menarik di sini ialah Gua Terang Bulan Gua Kelam dan Gua Jebak Puyuh. Terdapat juga gua-gua yang masih mengalami proses pertumbuhan stalagtait dan stalagmait. Gua-gua di sini dibawah jagaan PERHILITAN. Antara gua yang menjadi pilihan pengunjung ialah Gua Tapa, Gua Gudang Kelawar, Gua Kolam Tujuh, Gua Batu Merlap, Gua Kambing, Gua Gajah, Gua Silat, Gua Gong dan Gua Danau Impian.Selain itu terdapat juga Gua Mayat, Gua Rangkak, Gua Sisik dan Gua Ular. Gua Kolam dipercayai menjadi tempat bersiram seorang puteri bunian suatu ketika dulu. Gua Nesan menyimpan 19 pasang batu nesan di dalamnya. Gua Merlap dikatakan pernah menjadi tempat tinggal orang bunian malah penduduk turut mendakwa mengenai kehadiran batu bersinar yang tergantung di dalam gua itu.

Location
  • Gunung Senyum, Gunung Senyum Recreation Park, Kuala Krau, Pahang 28050, Malaysia

Region
Last Updated

December 2nd, 2022

  • No comments yet.
  • Add a review
    ×