Description
Sesuai namanya dan paparan gambar di atas, menu tersedap untuk dinikmati di Cendol Gemok ketika musim panas adalah cendol dan air batu campur atau ABC mereka. Menu selain ini adalah milo kepal. Menarik tentang cendol di sini adalah mereka menyediakan berbelas jenis pilihan cendol. Mana yang sudah biasa dengan cendol pulut dan cendol durian itu anda harus ke sini untuk merasa perbezaannya. Sangat menyegarkan sehingga tidak putus menerima pelanggan. Pelanggan yang datang ke sini bukan saja untuk menikmati cendol mereka malah boleh pesan menu masakan yang lain seperti nasi goreng, paprik, gorengan tepung, tomyam, sup, nasi lemak seiring itu dengan pelbagai jenis minuman di sini juga. Menyebut tentang gambar sebelah kiri, itu adalah side dishes yang anda boleh pesan mengikut apa yang anda suka. Ada keropok lekor, wedges, fries, nugget, onion ring dan sosej.
Location
-
Cendol Gemuk, Jalan Bukit, 27600 Raub, Pahang
Add a review