Description
Nama kedai makan yang unik. Tahukah anda nama ‘kancil’ itu sebenarnya nama gelaran pemilik restoran ini. Kedai ini memang terkenal dengan ikan patin masak tempoyaknya. Lambat datang sahaja pasti meja sudah penuh. Lebih menariknya di sini, ikan patin pais juga turut menjadi menu pilihan pelanggan. Resipi yang digunakan untuk memasak ikan patin tempoyak merupakan resipi turun-temurun keluarga Kancil. 13 ramuan rahsia disatukan untuk medapatkan rasa ikan tempoyak yang sememangnya dipuji oleh pelanggan. Jadi, rasanya yang asli memang akan memberikan anda pengalaman makan ikan patin masak tempoyak di Temerloh itu sendiri.
Location
-
Kancil Raja Patin HQ, 63, Jalan BDS 1, Bukit Desa Semantan, 28000 Temerloh, Pahang
Add a review